Persiapan Kawen Kwn2 Ku...

Friday, March 26, 2010

hurmm...entry kali ni nk share sket psl persiapan perkahwinan....

My housemate skrg ni bz dgn persiapan perkhawinan..kat umah kitaorg tu da penuh dgn majalah2 psl perkahwinan..dasyat tol diorg ni tau...aku pn tumpang sekaki la membelek2 magazine tu..hehehe..sajer suka2 kan..tgk baju pengantin..wah.................cantiknya...mcm  x sabar lak nak kawen tau..but de prob is...i hv nobody...hukhukhuk....ntah la kan..ntah bl la aku nak jmp calon yg sesuwai dgn aku ni ha kan..hehehe...
tgk diorg sibuk2 dgn persiapan, jeles gak r...bertuah diorg kan..tp, xpe..jodoh aku x smpai lg..maybe 1 day nt kot..aku kena banyak bersabar dan berdoa..moga2 aku di pertemukan jodoh yang baik wat diri ku yang kadang2 gak giler sket..hahahaha.....

Dlm diam aku da plan tema pe nt 4 my wedding..hehe..secret tau..suprise..lalalala.....

my roomate da siap beli kain untuk baju nikah..cantik beb...white color..suci tu..n kain nya pun ok n cantik sgt tau...bl dia smp je rumah mlm tu, terus tunjuk kat kitaorg tau..hehe..wah..bersemangat tol dia..yela lg 2 bln kot nk kawen..segala persiapan perlu dijalankan secepat mungkin...dia pn minta pendapat kitaorg nk wat baju camne..pe lg..buka la segala kitab2 yang ada tu kan..nt hantar jer kat kedai jahit..

yg sorg lg, masih dlm proses merancang..ntah bila la..katanya, maybe ujung thn ni bertunang kot..kita tgk la nt ek..moga2 pe yg dirancangkan akan berhasil la ek...Amin....

Tgk diorg hepi jer dgn psgn msg...tp psgn mn yg xde prob rite?pndai2 sendiri la kan...tp aku, hmmmmm..ntah la..kdg2 aku mls nk pk tau..buat sakit otak jer..tp kdg2 terfikir gak..hurm..juz wait n c...

to my frens @ housemate...moga jodoh korang berpanjangan...aku sentiasa doakan kebahagiaan korg tau..
luv u all...

SeKAdaRnyA...

Thursday, March 25, 2010

CiNTaiLah SeSeoRanG ItU SeKadArNya,
KeLaK OrAng yaNg DiCinTai ItU Itu  YaNG AkAn DiBenCi,
BeNcILaH SeSeoRaNg iTu SekAdArnYa,
KeLak OraNg YanG DiBeNci ItU  yaNg AkaN DiCiNTai...

Mcd Donalds

Wednesday, March 24, 2010

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya
ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu
nak order apa..maklumlah tinggal terpencil di hujung
kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir
pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad
minta.

Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...

Ahmad: Air...Bagi air coke yer...

Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)

Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...

Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...
takder otak ker?

Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:

Pak Pandir: Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Kapal Terbang

Monday, March 22, 2010

Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu
dalam program stesen radio Hangus FM. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup menggembirakannya.

Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di
lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus ambil tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat

masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi

Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu.

 
Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun, pramugari tu tegur, "Pak cik, pak cik tak boleh duduk

kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di belakang?"


"Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah

selesa kat sini"


Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang

silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya. Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang

kenapa masih belum ada isyarat kata ok daripada Ketua Pramugari, lalu dia pun keluar tengok.


Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu pun pergilah ke tempat Pak Pandir "Pak cik, boleh

tengok tiket?" Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih."Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?"
"Ya nak" Jawab Pak Pandir."Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, kerusi belakang tu baru pegi KL!"

Pak Pandir pun terkasima...terkejut!"Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau."

Kencing

Saturday, March 20, 2010

Satu hari Chot terbangun malam. Dia rasa nak
terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh
terkejut bila bukak je pintu, lampu tu terbuka
sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan tutup
pintu, Sekali lagi dia terkejut bila lampu tu
tertutup sendiri.

Cepat-cepat dia kejutkan bini dia yang tengah lena
tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi padanya
semasa kencing tadi."Abang heran lampu tu terbukak
dan padam sendiri bila abang bukak dan tutup pintu".
Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun
berkata."Abang buat perangai lama dah... KENAPA abang
kencing dalam peti ais lagi HAH????"

HoT AiR BaLLoOn...FiEstA 2010 @ PuTraJaYa

Friday, March 19, 2010

Hye guys...stat from 18-21 March 2010....HoT AiR BaLLoOn...FiEstA 2010 @ PuTraJaYa....
mari2 semua kita meriahkan suasana di sana...hehe...my frens n i plan ke sana tomorrow kot..insya Allah...
x sabar rasanya nk g sana tau...kalu x dpt naik pn..snap pic pun jadi la..hehe...

SMiLe...

EVeRy TiMe YoU SmiLe at SoMeOne, 
it's iS An AcTiOn Of LoVe, 
a GifT tO ThAt PeRsOn, 
A BeAuTiFuL ThiNg....

I don't like people feeling sorry for me

Friday, March 12, 2010

"I don't like people feeling sorry for me"

Unfortunately, when you don't speak up, the silence only leaves more room for imagination and assumption. As such, it's great to see that today. 

SNAP HAPPY!!!

Why photos are good for our mental health???

Dr. Sam Gosling, a professor of Pyshology who speacialisesn in Personal Enviroments says, "Pic are like a fulfilling snack for our feelings".

"When we're missing somebody we're close to, whether they're far away or we're not going to see them until the end of the day, we can look at a photo of them and it gives us a boost. In fact, one study found that people can endure more physical pain when they're looking at pictures of loved ones"

Photography can remind us of happy memories, important events and even our own identities.

The old adage "a picture says a thousand words" is something Gosling could not agree more with. 
"Photos really are a tremendously efficient way of conveying information to ourselvels and others. They hold incredible meaning and are very comforting at the same time", he says.

So, the next time you're feeling low and lonely, instead of breaking out a bottle of chardonnay, reach for an old photo album, or log onto your Facebook account.
Photography as a HOBBY?
It'll make you HAPPY!!!

Mitos menderma darah

Thursday, March 11, 2010

Entry kali ini, i nak share dgn u all about DERMA DARAH.. notes ni i amik dr kosmo..very interesting..u all baca la yer..


MENDERMA darah tiada hubung kaitnya dengan pertambahan berat badan.

BERAT badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.

Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.

"Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.

"Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah," katanya. 

Roshidah berkata, andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.

Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana memerlukan bekalan darah yang konsisten.

"Secara amnya, dalam tempoh setahun bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja," katanya.

Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas musim perayaan yang panjang, misalnya penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun.

PROSES menderma darah adalah sesuatu yang selamat kerana penderma perlu mengisi borang soal selidik berhubung status kesihatan mereka. - Gambar hiasan 


Peningkatan permintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah.

Roshidah berkata, PDN memerlukan lebih 550,000 penderma dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu.

"Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari," katanya.

PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan.

PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan. Roshidah berkata, semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan oleh pesakit.

"Tidak kiralah sama ada seseorang itu tergolong dalam kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah," katanya.

Beliau berkata, wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah.

"Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada orang lain yang menderma.

Bukan punca gemuk

"Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari," katanya.
JANGKA hayat darah agak terhad iaitu 42 hari, manakala platelet darah hanya lima hari. 



Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.

"Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

"Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung," katanya.

Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. 


da abes baca?? so, pasni jangan takut untuk menderma kan darah u all tu..untuk kebaikan bersama..amal jariah..membantu pesakit2 yang amat memerlukan darah..fikir2 kan la yea..!!!

LAUGHT!!!

"LAUGHTER
the 
BEST MEDICINE"!!!!!

 

3 WORDS

There are 3 words i like to repeat to myself:
GLASS HALF FULL

Just to remind myself to be grateful for everything i have...

Jujurlah Pada Diri Sendiri

Selalulah berlaku jujur kepada diri sendiri serta orang lain.
Bukankah jika selalu tidak jujur, hati tidak selesa dan fikiran tidak tenteram. Bak kata Mark Twan, "if you tell the truth, you don't have to remember anything". Nanti dari satu penipuan, akan membawa kepada penipuan yang lain. Kan lagi susah!


Bak kata satu pepatah Inggeris juga, "The truth will set you free but first it will make you miserable".
Lebih baik menjadi "miserable"  seketika kerana selepas itu hati akan sentiasa tenang. Betul tak?


Jadi, mulai hari ini, selalu amalkan sifat jujur, okey?