Ketawa Tingkatkan Nafsu Makan?

Tuesday, June 22, 2010

Tahukah Anda bahawa KETAWA dapat meningkatkan nafsu makan?

Penelitian yang dilakukan oleh Dr. Lee Berk dari Loma Linda University, Amerika Syarikat mendapati bahawa KETAWA berupaya meningkatkan nafsu makan bagi individu lanjut usia yang amat bermanfaat untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh mereka.

Situasi ini berlaku kerana KETAWA dapat mempengaruhi hormon leptin dan ghrelin yang boleh meningkatkan selera makan. Malah KETAWA dapat mengurangkan hormon stress seperti kortisol dan katekolamain.
Selaim itu, KETAWA turut mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta menurunkan kadar kolestrol dan juga tekanan darah dalam tubuh individu.

**note nie i dpt dr magazine "Keluarga Harmoni"..saja nak share dgn u all...daaaaa..selamat membaca....

0 comments: