"layak ke kita nak marah pada org lain"
"Eee..geramnya.."(timbul rasa marah apabila apa yang terjadi tidak
selari dengan apa yang diinginkan malah dirasakan sukar dan
menyukarkan)..
Astaghfirullah......"aku mohon keampunanMu ya Allah".. marah?
kenapa kita marah? kepada siapakah kita hamburkan kemarahan kita
tersebut? untuk apa kita marah...? untuk menunjukkan perasaan? protes?
mari kita semak balik, kenapa kita marah? bertempatkah kemarahan kita?
banyaknya kemarahan kita selalu tidak bertempat.
aduhai...siapalah kita untuk marah? apakah layak untuk kita dengan
sengaja dan suka2 hati untuk marah kepada orang lain yang tiada salah
silap pada kita? geram? hmm...mari tanya balik diri kita. ingatkan
semula apa yang kita lupa..
lupakah kita pada diri kita sendiri yang seringkali melakukan kesilapan?
lupakah kita bahawa setiap orang ada kekurangan? lupakah kita untuk
menerima dan berlapang dada dengan orang lain kerana kita dan dia tiada
beza, bahawa dia dan kita adalah hamba Allah jua? ya, kita dah lupa
banyak perkara..
dan ada satu lagi perkara yang kita semua selalu terlupa, terleka..di
saat kemarahan membuak2 dihamburkan pada orang lain samada secara zahir
mahupun sembunyi, kita lupa...kita lupa bahawa kemungkin Allah juga
sedang marah pada kita??kita marah kerana orang lain melakukan kesilapan
dengan kita..sedang kita lupa bahawa kita selalu dan banyak melakukan
kesilapan padaNya..
belum lagi ditambahi dengan sikap kita yang terlupa untuk bersyukur
dengan nikmat yang diberikanNya pada kita..alahai diri...layakkah untuk
memarahi orang lain??
marahilah dan insafilah kesilapan diri sebelum kita memarahi orang
lain..
dan ingatlah bahawa MARAH itu sikap syaitan..syaitan itu dari api..api
boleh dipadamkan dgn air.. wuduk boleh memadamkan kemarahan...
maka, apakah kita ingin menjadi sahabat syaitan???
***get from my FB frend...
0 comments:
Post a Comment