KUALA LUMPUR - Masalah para peminjam liat membayar hutang akan menyebabkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diheret dalam kancah kewangan dengan anggaran jumlah pinjaman tidak berbayar mencecah RM48 bilion pada 2020.
Pada masa ini, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 780,000 pelajar dengan jumlah yang sepatutnya dibayar balik sebanyak RM3.26 bilion.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.54 bilion hutang belum dibayar manakala bakinya diberi penangguhan bayaran balik.
"Kesemua hutang itu perlu dibayar balik, PTPTN tidak akan menghapus kira wang RM3.26 bilion tersebut kerana dana itu diperlukan untuk membiayai pinjaman penuntut baru.
"PTPTN bukan beri biasiswa, lagipun banyak biasiswa yang telah ditaja kerajaan sendiri selain pihak swasta," katanya di Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah sebenar hutang PTPTN yang tertunggak dan rancangan membantu siswazah yang tidak menerima pinjaman.
0 comments:
Post a Comment