Tetikus A4 Tech mudah alih

Thursday, November 5, 2009

A4 Tech menawarkan kebebasan kemudahan sambungan tetikus tanpa wayar 2.4GHz yang dibina untuk pelbagai tujuan seperti mainan video atau tugasan lain tanpa sebarang gangguan.


TETIKUS tanpa wayar A4 Tech sesuai digunakan di mana sahaja.


TETIKUS merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal pergerakan penunjuk pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.

Terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagi berdasarkan kepada ciri-ciri fizikal dan keupayaannya. Misalnya tetikus dengan wayar, tetikus bebola tanpa wayar, tetikus optik dengan wayar dan tetikus optik tanpa wayar.

Ia amat diperlukan terutama apabila menggunakan sistem pengoperasian Windows seperti Microsoft Windows, Linux dan banyak lagi.

Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik dan program desktop publishing.

Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak pada arah yang sama. Ia juga akan berubah mengikut lokasi tetikus tersebut berada.

Kali ini anda akan dapat mencuba rekaan tetikus yang baru untuk kegunaan di tempat kerja, grafik atau mainan video. Terima kasih kepada A4 Tech yang memasarkan produk tetikus terkininya yang diberi nama G7 630.

Tanpa wayar

Produk tanpa wayar itu juga mencipta kejutan kepada peminatnya apabila ia boleh digunakan tanpa wayar. Dengan tagline No Any Lag tetikus tersebut mampu mengesan sejauh 15 meter.

Tetikus itu nyata mendapat perhatian daripada orang ramai yang menggunakannya untuk belajar, bekerja dan bermain.


PENGGUNA hanya perlu menyalakan suis yang terletak di bahagian belakang tetikus dan ia terus berfungsi.


Bagaimanapun, bagi anda yang pertama kali menggunakan tetikus tanpa wayar, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Ia sesuai digunakan untuk komputer meja mahupun komputer riba.

Didatangkan dengan warna merah, biru, kuning dan hitam, pengguna perlu memasukkan bateri terlebih dahulu.

Kemudian penerima nano gold dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam USB. Selepas itu, nyalakan suis yang terletak di bahagian belakangnya dan terus boleh digunakan.

Tetikus itu mampu memberi kesan dan kadar tracking sehingga 1,000 dot per inci (dpi).

Mungkin tetikus anda sebelum ini mempunyai satu fungsi sahaja apabila diklik pada bahagian kanan dan kiri. Dengan tetikus A4 Tech, sebaik sahaja anda menekan bahagian kanannya, ia akan memaparkan sebanyak lapan fungsi berlainan.

Jadi sekiranya anda masih tercari-cari tetikus yang baru, A4 Tech adalah pilihan terbaik untuk keselesaan setiap kali menggunakannya dan melancarkan lagi kerja-kerja di pejabat.

0 comments: